ADeL Terms of Use

PERJANJIAN PENGGUNA AKHIR KURSUS E-PEMBELAJARAN WADA

  1. Pengenalan

Berikut merangkumi Perjanjian Pengguna Akhir Kursus E-Learning Agensi Antidadah Dunia ("WADA") yang perlu disemak semula dan dipersetujui oleh semua Pengguna Kursus E-Pembelajaran WADA.

Kursus E-Pembelajaran WADA direka bentuk untuk memberikan Pengguna maklumat yang mereka perlukan tentang bahaya dadah, proses anti-dadah, hak dan tanggungjawab dan menerapkan nilai-nilai anti-dadah dan sukan sihat.. Untuk Pengguna yang termasuk dalam Persekutuan Antarabangsa ("IF") atau Organisasi Antidadah Kebangsaan, penyempurnaan berjaya bagi Kursus E-Pembelajaran WADA ialah syarat wajib bagi penyertaan dalam pertandingan atau acara IF atau NADO.

Oleh sebab Organisasi Antidadah tertakluk kepada Standard Antarabangsa untuk Perlindungan Privasi dan Maklumat Peribadi (“ISPPPI”), dengan ini, WADA komited untuk melindungi Maklumat Peribadi anda menurut ISPPPI, yang juga berkenaan IF dan NADO anda.

Anda perlu membaca dan menyemak semula Perjanjian ini dengan teliti sebelum membuat akaun anda dan memulakan sebarang Kursus E-Pembelajaran WADA. Dengan membuat akaun anda dan memulakan Kursus E-Pembelajaran WADA, anda mengakui bahawa anda sudah membaca, memahami dan bersetuju dengan Perjanjian ini. Jika anda tidak bersetuju dengan terma ini, anda tidak boleh mengaktifkan akaun E-Pembelajaran WADA anda, mengakses atau menggunakan sebarang Kursus E-Pembelajaran.

WADA berhak untuk menukar Perjanjian ini dari masa ke masa, seperti yang dianggap perlu. Selain itu, akses atau penggunaan anda yang berterusan bagi Kursus E-Pembelajaran WADA dianggap diterima oleh anda bagi sebarang perubahan kepada Perjanjian ini.

  1. Pengaktifan Akaun dan Akses kepada Kursus E-Pembelajaran WADA

Kursus E-Pembelajaran WADA hanya boleh diakses oleh Pengguna menggunakan akaun yang diaktifkan. Untuk mengaktifkan akaun anda, anda perlu bersetuju dengan Perjanjian ini. Kemudian, anda mungkin perlu menukar kata laluan lalai yang diberikan kepada anda.

Maklumat yang anda berikan untuk membuat dan mengakses akaun anda tidak boleh sengaja memasukkan maklumat yang anda tahu betul. Anda menerima sebarang dan semua liabiliti untuk sebarang maklumat yang tidak tepat atau tidak benar yang anda berikan.

Anda secara keseluruhannya bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan nama pengguna anda, kata laluan dan akaun, dan kerana mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya untuk mengelakkan pendedahan tidak sengaja bagi nama pengguna, kata laluan atau maklumat akaun.

Anda bersetuju untuk memaklumkan kepada WADA dengan segera bagi sebarang penggunaan akaun atau sebarang pelanggaran keselamatan lain. WADA tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan yang anda mungkin dikenakan disebabkan oleh orang lain menggunakan nama pengguna, kata laluan atau sama ada dengan atau tanpa pengetahuan anda. Anda mungkin bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau kerugian (termasuk bayaran perundangan kepada yang sama) dikenakan oleh WADA atau pihak lain disebabkan oleh sesiapa yang mengugnakan nama pengguna, kata laluan atau akaun anda. WADA mungkin menggantung atau menamatkan akses anda kepada Kursus E-Pembelajaran WADA jika WADA percaya akaun anda digunakan oleh individu yang tidak dibenarkan atau jika anda tidak mematuhi Perjanjian ini atau atas sebarang sebab lain dengan budi bicara tunggal WADA. Anda tidak boleh menggunakan akaun orang lain pada bila-bila masa, tanpa kebenaran jelas pemegang akaun.

  1. Penggunaan dan Penyimpanan Maklumat Peribadi
  1. Kategori Data yang Terlibat

Apabila anda mencipta akaun untuk Kursus E-Pembelajaran WADA, anda perlu memberikan maklumat berikut yang akan dikira Maklumat Peribadi untuk tujuan Perjanjian ini:

  • Nama pertama dan keluarga;
  • Alamat e-mel;
  • Bandar kediaman anda;
  • Negara kediaman dan warganegara anda;
  • Julat umur anda;
  • Jantina anda; dan
  • Sukan anda
  1. Penyimpanan Maklumat Peribadi anda

Anda memahami bahawa Kursus E-Pembelajaran WADA dihoskan oleh penyedia khidmat pada platform berasaskan web yang terletak di Kanada. WADA berhak untuk memilih penyedia khidmat yang dilantik untuk mengehos Kursus E-Pembelajaran WADA.

WADA akan mengambil semua langkah-langkah sewajjarnya, termasuk langkah kontraktual, untuk memastikan penyedia perkhidmatan seperti itu menawarkan keselamatan teknikal dan organisasi tahap tinggi bagi melindungi semua Maklumat Peribadi yang disediakan untuk membuat akaun pengguna Kursus E-Pembelajaran WADA anda.

  1. Penyimpanan Data Kursus E-Pembelajaran WADA

WADA akan menyimpan respons yang anda berikan semasa melengkapkan sebarang Kursus E-Pembelajaran WADA dalam tempoh [25] tahun (selepas ini, "Data Kursus E-Pembelajaran WADA") melainkan anda secara jelas menarik balik persetujuan anda berkenaan perkara ini. WADA akan menyimpan Data Kursus E-Pembelajaran WADA anda untuk tujuan penyelidikan sahaja, seperti yang diterangkan sepenuhnya di bawah dalam Bahagian E dan akan memastikan data seperti itu kekal tanpa nama dan tidak dikaitkan dengan identiti anda.

WADA akan menyimpan Data Kursus E-Pembelajaran WADA pada platform berasaskan web yang terletak di Kanada. Langkah-langkah keselamatan teknologi, organisasi dan keselamatan lain telah digunakan pada Kursus E-Pembelajaran WADA untuk mengekalkan keselamatan sebarang data yang dimasukkan. Selain itu, WADA dan Organisasi Antidadah telah membuat jaminan dalaman dan kontraktual untuk memastikan data anda kekal dirahsiakan dan dilindungi.

Sekiranya, anda memadam akaun Pengguna Kursus E-Pembelajaran WADA, WADA akan memadam Maklumat Peribadi anda, skor anda yang dicapai untuk sebarang Kursus E-Pembelajaran WADA yang anda telah sempurnakan dan maklumat berkaitan sama ada anda telah berjaya melengkapkan sebarang Kursus E-Pembelajaran WADA tertentu. WADA akan memadam Maklumat Peribadi anda sebaik sahaja menyedari kemungkinan selepas anda memadam akaun Pengguna Kursus E-Pembelajaran WADA anda, dan tidak lebih daripada satu (1) tahun selepas tarikh anda memadam akaun Pengguna Kursus E-Pembelajaran WADA anda.

  1. Persetujuan untuk Menggunakan Data Kursus E-Pembelajaran WADA

DATA Kursus E-Pembelajaran WADA anda mungkin digunakan untuk menilai pengetahuan dan sikap anda terhadap dadah untuk tujuan penyelidikan. Sekiranya, WADA memberikan data tersebut kepada penyelidik, WADA akan memastikan respons anda adalah tanpa nama dan tidak boleh dikaitkan dengan identiti anda.

  1. Persetujuan untuk Memindahkan Maklumat berkaitan Kursus E-Pembelajaran WADA

Dengan ini, anda bersetuju untuk membenarkan WADA berkongsi nama anda, sukan, negara kediaman dan sama ada anda telah berjaya melengkapkan sebarang Kursus E-Pembelajaran WADA dengan mana-mana Organisasi Antidadah yang mempunyai pertimbangan kepada anda menurut Peraturan Antidadah Organisasi Antidadah. WADA hanya akan berkongsi maklumat tersebut dengan Organisasi Antidadah yang dinyatakan sebelum ini dengan permintaan daripada Organisasi Antidadah dan menurut terma Perjanjian ini.

Apabila ini berlaku, Organisasi Antidadah seperti itu juga perlu mematuhi kawalan kontraktual tegas dan akan bertanggungjawab untuk melindungi maklumat anda menurut undang-undang yang dikenakan dan ISPPPI. WADA dan Organisasi Antidadah yang dinyatakan sebelum ini tidak akan mendedahkan sebarang data anda selain kepada individu yang dibenarkan dalam organisasi mereka untuk tujuan perlu tahu.

Data Kursus E-Pembelajaran WADA anda mungkin dikongsi dengan Organisasi Antidadah yang terletak di luar negara kediaman anda. Undang-undang perlindungan dan privasi data bagi negara ini mungkin tidak sentiasa sama dengan di negara anda. Dalam sebarang kes, Organisasi Antidadah perlu mematuhi ISPPPI.

  1. Hak

Anda mungkin mempunyai hak tertentu di bawah undang-undang yang dikenakan di bawah ISPPPI, termasuk hak untuk mengakses dan/atau membetulkan sebarang data dan remedi tidak tepat berkenaan sebarang pemprosesan data anda yang menyalahi undang-undang.

  1. Hak untuk Membantah

Anda memahami bahawa jika anda membantah kepada pemprosesan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan membuat akaun Kursus E-Pembelajaran WADA dan dengan ini, akhirnya gagal melengkapkan Kursus E-Pembelajaran WADA seperti yang diperlukan oleh IF atau NADO anda, mungkin menghalang anda daripada boleh bersaing di Acara Antarabangsa atau Tahap Negara mengikut peraturan IF atau NADO anda.

  1. Tiada Penyalahgunaan Kursus E-Pembelajaran WADA

Anda tidak boleh mendapatkan atau cuba mendapatkan sebarang bahan atau maklumat daripada Kursus E-Pembelajaran WADA melalui sebarang cara bukan dengan sengaja dibuat tersedia kepada anda melalui Kursus E-Pembelajaran WADA. Anda tidak boleh cuba mendapatkan akses yang tidak dibenarkan kepada Kursus E-Pembelajaran WADA, pelayan yang Kursus E-Pembejaran WADA disimpan atau sebarang pelayan, komputer atau pangkalan data yang dihubungkan kepada Kursus E-Pembelajaran WADA. Anda tidak boleh menyerang Kursus E-Pembelajaran WADA melalui serangan penafian perkhdimatan atau serangan penafian perkhidmatan yang diedarkan. Anda tidak boleh mengambil sebarang tindakan yang mengenakan beban besar secara tidak wajar atau tidak seimbang pada infrastruktur yang digunakan untuk mengehos Kursus E-Pembelajaran WADA. Anda tidak boleh menggunakan sebarang peranti, perisian atau rutin untuk mengganggu atau mencuba mengganggu kerja yang betul bagi Kursus E-Pembelajaran WADA atau sebarang aktiviti yang dikendalikan pada atau melalui Kursus E-Pembelajaran WADA.

Dengan melanggar peruntukan ini, anda mungkin disabitkan kesalahan jenayah di bawah undang-undang yang dikenakan. Kami berhak untuk melaporkan sebarang pelanggaran tersebut kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang berkenaan dan kami akan bekerjasama dengan mereka, termasuk mendedahkan identiti anda kepada mereka jika perlu. Sekiranya berlaku pelanggaran seperti itu, hak anda untuk menggunakan Kursus E-Pembelajaran WADA akan disekat dengan serta-merta.

Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh serangan penafian perkhidmatan diedarkan, virus atau bahan berbahaya secara teknologi yang mungkin menjejaskan peralatan komputer anda, program komputer, data atau bahan proprietari lain disebabkan oleh penggunaan anda bagi Kursus E-Pembelajaran WADA.

  1. Harta Intelek

Kod Kursus E-Pembelajaran WADA, kandungan pangkalan data dan logo WADA, nama dan tanda dagangan lain adalah harta WADA. Tiada bahagian Kursus E-Pembelajaran WADA yang boleh disalin, diterbitkan semula, disimpan dalam sistem pengambilan semula atau sebaliknya, dihasilkan semula atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara apa jua, tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada WADA. Melainkan dinyatakan sebaliknya, WADA adalah pemilik atau pemberi lesen bagi semua hak cipta dan hak harta intelek lain pada Kursus E-Pembelajaran WADA dan dalam bahan yang diterbitkan padanya. Semua hak cipta seperti itu adalah terpelihara.

  1. Pengehadan Liability

Setakat sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang, WADA dan mana-mana individu yang dihubungkan kepada WADA dan mana-mana pihak yang terlibat dalam membuat, menghasilkan atau menyampaikan Kursus E-Pembelajaran WADA, dengan ini tidak termasuk:

  • semua syarat, jaminan dan terma lain yang mungkin sebaliknya dikenakan oleh undang-undang kanun, biasa atau undang-undang ekuiti; dan
  • sebarang dan semua liabiliti untuk sebarang tuntutan, kehilangan, permintaan atau kerosakan bagi sebarang jenis apa jua termasuk, kehilangan tanpa pengehadan, langsung, tidak langsung, sampingan atau akibat atau kerosakan disebabkan oleh anda berhubung penggunaan, ketakupayaan penggunaan atau hasil daripada penggunaan Kursus E-Pembelajaran WADA, sama ada berlaku daripada kehilangan pernigaan, kehilangan keuntungan, kehilangan pendapatan atau hasil, kehilangan data, kehilangan keupayaan, masa pengurusan atau pejabat yang dibazirkan dan untuk sebabrang kerugian atau kerosakan bagi apa jua jenis, walaupun berlaku dan sama ada disebabkan oleh tort (termasuk pengabaikan), pelanggaran kontrak atau sebaliknya, walaupun jika boleh diramalkan.

Ini tidak menjejaskan liabiliti kami untuk kematian atau kecederaan diri berlaku disebabkan oleh pengabaian kami, mahupun liabiliti untuk salah gambaran palsu atau salah gambaran kepada hal asas, mahupun sebarang liabliti lain yang tidak boleh dimasukkan atau dihadkan di bawah undang-undang yang dikenakan.

  1. Perlindungan

Anda bersetuju untuk melindungi, mempertahankan dan memastikan WADA tidak berbahaya, pegawai, pengarah, pekerja, ejen, pembekal dan rakan pihak ketiga dari dan menentang semua liabiliti, kerugian, perbelanjaan, kerosakan dan kos termasuk bayaran perundangan sewajarnya, tuntutan, permintaan dan perbicaraan apa jua yang berlaku, disebabkan oleh berhubung sebarang pelanggaran oleh anda bagi Perjanjian ini.

  1. Pelanggaran Perjanjian ini

Kami akan menentukan dengan budi bicara kami, sama ada sudah terdapat pelanggaran Perjanjian melalui penggunaan Kursus E-Pembelaran WADA. Apabila pelanggaran Perjanjian ini berlaku, WADA mungkin mengambil tindakna seperti itu kerana kita anggap sesuai, termasuk contohnya, menarik balik hak anda untuk menggunakan Kursus E-Pembelajaran WADA; mengambil tindakan perundangan terhadap anda atau mendedahkan maklumat seperti itu kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang seperti yang kita sewajarnya rasakan perlu.

  1. Keseriusan

Jika mana-mana terma dan syarat ini atau sebarang peruntukan Perjanjian ini ditentukan oleh mana-mana pihak berkuasa kompeten untuk menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan kepada sebarang had, syarat atau peruntukan yang akan setakat itu serius dari terma, syarat dan peruntukan selebihnya yang akan terus sah setakat penuh yang dibenarkan oleh undang-undang.

  • Perundangan yang Mentadbir

Penggunaan anda bagi Kursus E-Pembelajaran WADA dan Perjanjian ini akan ditadbir oleh, dan ditafsirkan menurut undang-undang Kanada dan undang-undang yang dikenakan bagi Wilayah Québec, dengan pengecualian prinsip konflik undang-undangnya.  Sebarang litigasi, pertikaian atau tuntutan yang berlaku dari atau berkaitan penggunaan Kursus E-Pembelajaran WADA akan diserahkan secara eksklusif kepada Mahkamah Penimbangtaraan untuk Sukan di Lausanne, Switzerland dan diselesaikan mengikut Kod penimbangtaraan berkaitan sukan.

  1. Persetujuan
  • Dengan ini, saya menyatakan bahawa saya sudah membaca dan bersetuju kepada terma Perjanjian ini;
Walau bagaimanapun, saya tidak mahu WADA untuk mengekalkan Data Kursus E-Pembelajaran WADA saya untuk tujuan penyelidikan sepertimana yang dinyatakan dalam Bahagian D bagi Perjanjian ini.